LATAR
BELAKANG
Encik
Muhammad Fadzil bin Zainal Abidin telah dilahirkan di Hospital Besar Kuala
Lumpur pada 03 Mac 1989. Pada mulanya, beliau telah bersekolah di Sekolah
Kebangsaan Gombak Dua (2), Gombak Selangor (1996-2001) dan seterusnya
menyambung pengajian peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak
Setia, Selangor (2002-2004). Setelah keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
diumumkan, beliau telah memohon untuk memasuki Sekolah Menengah Teknik Setapak
dan mengambil aliran Teknologi Penyejukbekuan
Dan Penyamanan Udara. Beliau telah berjaya untuk menamatkan zaman persekolahan
dengan mendapat kelulusan cemerlang dalam subjek-subjek teknikal. Pada tahun
2007 beliau telah ditawarkan untuk mengikuti kursus Certificate in Air Conditioning and Cooling Engineering Technology
Certificate di Institut Kemahiran MARA (IKM) Cheras dan beliau telah menamatkan
pengajian pada tahun 2008 dengan berkerja secara tetap di CSF Group dan
seterusnya beliau menetapkan azam untuk membuka sebuah syarikat secara
kecil-kecilan dan syarikat tersebut didaftarkan sebagai MUFAZR Mechanical &
Engineering Services. Beliau telahpun berkahwin dengan gadis pilihan hati
beliau pada usia 23 tahun. Hobi beliau pula adalah memancing kerana beliau
dapat merasakan ketenangan setiap kali melakukan aktiviti tersebut.

Muhammad Fadzil bin Zainal Abidin
PENGLIBATAN DALAM
DUNIA PERNIAGAAN
Penglibatan beliau dalam dunia perniagaan bermula sejak kecil
lagi. Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan, akhirnya membuahkan hasil
yang lumayan pada masa kini. Beliau telah dilahirkan dan dibesarkan di dalam
keluarga yang tidak mewah membuatkan beliau menghargai setiap sen yang
dimiliki. Beliau mula berniaga sejak berusia enam tahun sewaktu tinggal bersama
neneknya di Kuarters KTM, Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau telah membantu nenek
beliau untuk membuat kuih dan menjualkan kuih-kuih tersebut di Pasar Malam dan
dari rumah kerumah jiran-jiran. Semangatnya hadir untuk berniaga apabila
melihat rakan seklahnya membawa wang saku lebih 50 sen manakala beliau hanya
diberikan tidak melebihi 20 sen. Beliau juga merupakan seorang yang aktif dan
lasak. Beliau tidak kekok untuk memanjat pokok, membantu datuk beliau di kebun
dan dari kecil beliau telah menunjukkan minat untuk menyertai aktiviti-aktiviti
lasak. Beliau juga telah berniaga di sekolah dengan menjual kerepek-kerepek dan
makanan ringan. Semasa zaman persekolahan beliau, pada musim cuti sekolah,
beliau akan berkerja di bengkel besi dan membantu perkerja lain untuk
menyiapkan tempahan pagar rumah, pagar sekolah, palang besi dan lain-lain
tempahan. Beliau telahpun berkecimpung dengan kerja-kerja lasak sejak dari umur
13 tahun lagi. Pada waktu itu, gaji yang diterima bukanlah banyak namun beliau
tetap berkerja kerana beliau yakin bahawa pengalaman berkerja waktu itu akan
memberikan sedikit sebanyak kelebihan pada masa akan datang.
Selain
berkerja di bengkel besi, beliau juga membantu bapa saudara beliau berniaga di
pasar petang setiap kali menjelangnya bulan Ramadhan. Beliau akan berniaga kuih
muih yang dibuat oleh bapa saudara dan ibu beliau. Beliau mendapat upah RM5.00
sehari dan beliau merasakan upah tersebut adalah cukup banyak pada waktu itu.
Beliau telah mempunyai keyakinan untuk bercakap di khalayak ramai melalui
berniaga di pasar tersebut. Soft skills beliau telah digilap dan beliau boleh
bertutur dan meyakinkan pelanggan-pealanggan untuk membeli kuih muih beliau.
Semasa
sedang belajar di Institut Kemahiran MARA (IKM), musim cuti semester beliau
dihabiskan dengan berkerja secara sambilan membantu pekerja memasang penghawa
dingin di rumah-rumah ataupun dipejabat mengikut tempahan pelanggan. Dari
situlah beliau yakin bahawa minat dan kefahaman beliau terhadap penghawa dingin
bertambah.
PENUBUHAN
AWAL SYARIKAT MUFAZR MECHANICAL & ENGINEERING SERVICES
Kelulusan beliau pada peringkat Sijil sahaja membuatkan
beliau perlu mencari jalan menambah pendapatan. Setiap hujung minggu dan diluar
waktu pejabat beliau akan membuat kerja-kerja pemasangan penghawa dingin di
rumah-rumah mahupun pejabat bersama rakan beliau. Upah pemasangan penghawa
dingin tersebut disimpan sikit demi sedikit untuk membeli keperluan dan
peralatan untuk pemasangan penghawa dingin. Sambal menyelam, sambal minum air,
itulah yang beliau amalkan apabila hasil kerja beliau mendapat pujian ramai dan
pelanggan beliau bertambah ramai hasil daripada syor bekas-bekas pelanggan.
Nama MUFAZR
sendiri adalah diambil daripada nama beliau, Muhammad Fadzil, nama bapa beliau
Zainal Abidin dan nama ibu beliau Rahimah. Keberkatan doa dan pendorong ibu
bapa beliau juga adalah antara faktor kejayaan beliau kini. MUFAZR M&E didaftarkan sebagai sebuah
syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tahun 2010. Pada waktu
tersebut beliau hanya berusia 21 tahun.
Pada peringkat
awal penubuhan MUFAZR M&E, hanya beliau hanya melakukan kerja-kerja
sendirian dan kerja-kerja kecil-kecilan yang boleh dibuat sendirian. Namun kini
beliau boleh berbangga dengan kejayaan beliau yang telah mempunyai empat (4)
orang perkerja yang berkerja sepenuh masa. Setelah beliau yakin dengan
kestabilan syarikat beliau, Encik Muhammad Fadzil telah mengambil keputusan
untuk berhenti kerja dari CSF Group dan meneruskan syarikat beliau secara
sepenuh masa berbanding sebelum ini hanya berkerja selepas tamat waktu berkerja
dan pada cuti hujung minggu sahaja.
Antara cabaran yang beliau hadapai adalah tomahan segelintir
masyarakat yang menyatakan kerjaya sebagai juruteknik adalah tidak mempunyai
kelas dan sering dipandang rendah. Selain itu, beliau juga pernah menggunakan
keseluruhan wang simpanan beliau sehingga terpaksa menjual kereta kesayangan
beliau untuk menampung perbelanjaan dan membeli peralatan-peralatan yang
diperlukan syarikat beliau.
MUFAZR Mechanical & Engineering beralamat di Taman Kajang
Utama, Kajang Selangor menjalankan pelbagai perkhidmatan antaranya ialah;
|
BIL.
|
JENIS
PERKHIDMATAN
|
|
1.
|
Pendawaian lampu
|
|
2.
|
Pendawaian
kipas
|
|
3.
|
Pendawaian
soket plug 13A
|
|
4.
|
Pendawaian
aircond
|
|
5.
|
Pendawaian Water Heater
|
|
6.
|
Pendawaian Autogate (Guna Armoured
Cable-Pendawaian Bawah Tanah)
|
|
7.
|
Pendawaian Door Bell + install
|
|
8.
|
Network CAT5e cabling 1 Point
|
|
9.
|
Pemasangan
pemutus litar ke bumi(Earthing) menggunakan rod kuprum dan penyediaan tapak
rod
|
|
10.
|
Pemasangan DB (Switch Board):- *8way
complete set (barang serta pemasangan)
|
|
11.
|
Alih @
Pindah Meter KWj TNB
|
|
12.
|
Naiktaraf (Upgrade) meter TNB 1Fasa ke
Meter TNB 3Fasa)
|
|
13.
|
Pemasangan
Autogate + Installation (Bekal Barang & Pasang Siap)
|
|
14.
|
Pemasangan
CCTV +Installation (Bekal Barang &Pasang Siap)
|
|
15.
|
Pemasangan Home Alarm System
+Installation (Bekal Barang &Pasang Siap)
|
|
16.
|
Pemasangan
Access Door + Installation (Bekal Barang &Pasang Siap)
|
|
17.
|
Ceiling Plaster & Cornice Install
|
|
18.
|
Table Top Konkrit + Tiles+ Sinki
|
|
19.
|
Pasang Semua Jenis Lampu Filamen
|
|
20.
|
Pasang
Semua Jenis Lampu Pendafluor
|
|
21.
|
Pasang
Semua Jenis Lampu Downlight
|
|
22.
|
Pasang Semua Jenis Lampu Hiasan
|
|
23.
|
Pasang Semua Jenis Kipas
|
|
24.
|
Pasang Autogate
|
|
25.
|
Perkhidmatan AIRCOND :-
(i)
Membekal &
Memasang Penghawa dingin
(ii)
Full Servis
+Chemical Service + Top up Gas R22
(iii)
Full Servis
Inverter +Chemical Service + Top up Gas R410
(iv)
Maintenance &
Overhaul Aircond
(v)
Isian Gas Kosong
Hingga Penuh
(vi)
Tukar Kapasitor
Motor compressor
(vii)
Outdoor unit motor
(viii)
Indoor unit blower
|
Perkhidmatan-perkhidmatan
ini adalah diberikan untuk pelanggan-pelanggan disekitar Lembah Kelang,
Selangor dan Putrajaya. Beliau memaklumkan bahawa keuntungan bersih yang
diperolehi syarikat beliau adalah tidak kurang daripada RM20,000.00 sebulan
kerana syarikat beliau banyak memperolehi tugasan dari syarikat-syarikat besar
yang lain yang mempercayai kebolehan beliau.
Gambar-gambar
berikut adalah antara projek-projek yang beliau laksanakan.
Gambar kenangan bersama Encik Muhammad Fadzil bin Zainal Abidin.
Sekian, terima kasih.