Thursday, 28 July 2016

LATAR BELAKANG

Encik Muhammad Fadzil bin Zainal Abidin telah dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 03 Mac 1989. Pada mulanya, beliau telah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Gombak Dua (2), Gombak Selangor (1996-2001) dan seterusnya menyambung pengajian peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia, Selangor (2002-2004). Setelah keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diumumkan, beliau telah memohon untuk memasuki Sekolah Menengah Teknik Setapak dan mengambil aliran Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara. Beliau telah berjaya untuk menamatkan zaman persekolahan dengan mendapat kelulusan cemerlang dalam subjek-subjek teknikal. Pada tahun 2007 beliau telah ditawarkan untuk mengikuti kursus Certificate in Air Conditioning and Cooling Engineering Technology Certificate di Institut Kemahiran MARA (IKM) Cheras dan beliau telah menamatkan pengajian pada tahun 2008 dengan berkerja secara tetap di CSF Group dan seterusnya beliau menetapkan azam untuk membuka sebuah syarikat secara kecil-kecilan dan syarikat tersebut didaftarkan sebagai MUFAZR Mechanical & Engineering Services. Beliau telahpun berkahwin dengan gadis pilihan hati beliau pada usia 23 tahun. Hobi beliau pula adalah memancing kerana beliau dapat merasakan ketenangan setiap kali melakukan aktiviti tersebut.



 Muhammad Fadzil bin Zainal Abidin

PENGLIBATAN DALAM DUNIA PERNIAGAAN
Penglibatan beliau dalam dunia perniagaan bermula sejak kecil lagi. Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan, akhirnya membuahkan hasil yang lumayan pada masa kini. Beliau telah dilahirkan dan dibesarkan di dalam keluarga yang tidak mewah membuatkan beliau menghargai setiap sen yang dimiliki. Beliau mula berniaga sejak berusia enam tahun sewaktu tinggal bersama neneknya di Kuarters KTM, Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau telah membantu nenek beliau untuk membuat kuih dan menjualkan kuih-kuih tersebut di Pasar Malam dan dari rumah kerumah jiran-jiran. Semangatnya hadir untuk berniaga apabila melihat rakan seklahnya membawa wang saku lebih 50 sen manakala beliau hanya diberikan tidak melebihi 20 sen. Beliau juga merupakan seorang yang aktif dan lasak. Beliau tidak kekok untuk memanjat pokok, membantu datuk beliau di kebun dan dari kecil beliau telah menunjukkan minat untuk menyertai aktiviti-aktiviti lasak. Beliau juga telah berniaga di sekolah dengan menjual kerepek-kerepek dan makanan ringan. Semasa zaman persekolahan beliau, pada musim cuti sekolah, beliau akan berkerja di bengkel besi dan membantu perkerja lain untuk menyiapkan tempahan pagar rumah, pagar sekolah, palang besi dan lain-lain tempahan. Beliau telahpun berkecimpung dengan kerja-kerja lasak sejak dari umur 13 tahun lagi. Pada waktu itu, gaji yang diterima bukanlah banyak namun beliau tetap berkerja kerana beliau yakin bahawa pengalaman berkerja waktu itu akan memberikan sedikit sebanyak kelebihan pada masa akan datang.
            Selain berkerja di bengkel besi, beliau juga membantu bapa saudara beliau berniaga di pasar petang setiap kali menjelangnya bulan Ramadhan. Beliau akan berniaga kuih muih yang dibuat oleh bapa saudara dan ibu beliau. Beliau mendapat upah RM5.00 sehari dan beliau merasakan upah tersebut adalah cukup banyak pada waktu itu. Beliau telah mempunyai keyakinan untuk bercakap di khalayak ramai melalui berniaga di pasar tersebut. Soft skills beliau telah digilap dan beliau boleh bertutur dan meyakinkan pelanggan-pealanggan untuk membeli kuih muih beliau.
            Semasa sedang belajar di Institut Kemahiran MARA (IKM), musim cuti semester beliau dihabiskan dengan berkerja secara sambilan membantu pekerja memasang penghawa dingin di rumah-rumah ataupun dipejabat mengikut tempahan pelanggan. Dari situlah beliau yakin bahawa minat dan kefahaman beliau terhadap penghawa dingin bertambah.


PENUBUHAN AWAL SYARIKAT MUFAZR MECHANICAL & ENGINEERING SERVICES
Kelulusan beliau pada peringkat Sijil sahaja membuatkan beliau perlu mencari jalan menambah pendapatan. Setiap hujung minggu dan diluar waktu pejabat beliau akan membuat kerja-kerja pemasangan penghawa dingin di rumah-rumah mahupun pejabat bersama rakan beliau. Upah pemasangan penghawa dingin tersebut disimpan sikit demi sedikit untuk membeli keperluan dan peralatan untuk pemasangan penghawa dingin. Sambal menyelam, sambal minum air, itulah yang beliau amalkan apabila hasil kerja beliau mendapat pujian ramai dan pelanggan beliau bertambah ramai hasil daripada syor bekas-bekas pelanggan.
            Nama MUFAZR sendiri adalah diambil daripada nama beliau, Muhammad Fadzil, nama bapa beliau Zainal Abidin dan nama ibu beliau Rahimah. Keberkatan doa dan pendorong ibu bapa beliau juga adalah antara faktor kejayaan beliau kini.  MUFAZR M&E didaftarkan sebagai sebuah syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tahun 2010. Pada waktu tersebut beliau hanya berusia 21 tahun.
            Pada peringkat awal penubuhan MUFAZR M&E, hanya beliau hanya melakukan kerja-kerja sendirian dan kerja-kerja kecil-kecilan yang boleh dibuat sendirian. Namun kini beliau boleh berbangga dengan kejayaan beliau yang telah mempunyai empat (4) orang perkerja yang berkerja sepenuh masa. Setelah beliau yakin dengan kestabilan syarikat beliau, Encik Muhammad Fadzil telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dari CSF Group dan meneruskan syarikat beliau secara sepenuh masa berbanding sebelum ini hanya berkerja selepas tamat waktu berkerja dan pada cuti hujung minggu sahaja.
Antara cabaran yang beliau hadapai adalah tomahan segelintir masyarakat yang menyatakan kerjaya sebagai juruteknik adalah tidak mempunyai kelas dan sering dipandang rendah. Selain itu, beliau juga pernah menggunakan keseluruhan wang simpanan beliau sehingga terpaksa menjual kereta kesayangan beliau untuk menampung perbelanjaan dan membeli peralatan-peralatan yang diperlukan syarikat beliau.
MUFAZR Mechanical & Engineering beralamat di Taman Kajang Utama, Kajang Selangor menjalankan pelbagai perkhidmatan antaranya ialah;
BIL.
JENIS PERKHIDMATAN
1.
Pendawaian lampu
2.
Pendawaian kipas
3.
Pendawaian soket plug 13A
4.
Pendawaian aircond
5.
Pendawaian Water Heater
6.
Pendawaian Autogate (Guna Armoured Cable-Pendawaian Bawah Tanah)
7.
Pendawaian Door Bell + install
8.
Network CAT5e cabling 1 Point
9.
Pemasangan pemutus litar ke bumi(Earthing) menggunakan rod kuprum dan penyediaan tapak rod
10.
Pemasangan DB (Switch Board):- *8way complete set (barang serta pemasangan)
11.
Alih @ Pindah Meter KWj TNB
12.
Naiktaraf (Upgrade) meter TNB 1Fasa ke Meter TNB 3Fasa)
13.
Pemasangan Autogate + Installation (Bekal Barang & Pasang Siap)
14.
Pemasangan CCTV +Installation (Bekal Barang &Pasang Siap)
15.
Pemasangan Home Alarm System +Installation (Bekal Barang &Pasang Siap)
16.
Pemasangan Access Door + Installation (Bekal Barang &Pasang Siap)
17.
Ceiling Plaster & Cornice Install
18.
Table Top Konkrit + Tiles+ Sinki
19.
Pasang Semua Jenis Lampu Filamen
20.
Pasang Semua Jenis Lampu Pendafluor
21.
Pasang Semua Jenis Lampu Downlight
22.
Pasang Semua Jenis Lampu Hiasan
23.
Pasang Semua Jenis Kipas
24.
Pasang Autogate
25.
Perkhidmatan AIRCOND :-
(i)                 Membekal & Memasang Penghawa dingin
(ii)               Full Servis +Chemical Service + Top up Gas R22
(iii)             Full Servis Inverter +Chemical Service + Top up Gas R410
(iv)             Maintenance & Overhaul Aircond
(v)               Isian Gas Kosong Hingga Penuh
(vi)             Tukar Kapasitor Motor compressor
(vii)           Outdoor unit motor
(viii)         Indoor unit blower

Perkhidmatan-perkhidmatan ini adalah diberikan untuk pelanggan-pelanggan disekitar Lembah Kelang, Selangor dan Putrajaya. Beliau memaklumkan bahawa keuntungan bersih yang diperolehi syarikat beliau adalah tidak kurang daripada RM20,000.00 sebulan kerana syarikat beliau banyak memperolehi tugasan dari syarikat-syarikat besar yang lain yang mempercayai kebolehan beliau.
Gambar-gambar berikut adalah antara projek-projek yang beliau laksanakan.













Gambar kenangan bersama Encik Muhammad Fadzil bin Zainal Abidin.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment